Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Apa itu Ujian Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPiER)

Apa itu Ujian Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPiER)

Ujian ini boleh dikatakan ujian baru atas nama SPiER di pihak Tim Infokerjaya. Setelah kami teliti, ujian ini adalah lebih kurang saja dengan Ujian Psikometrik jadi rujukan Psikometrik boleh digunakan untuk SPiER.

Apa itu SPiER?

Ianya adalah Sistem Pemprofilan Rekrutment yang dikendalikan terus oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN / MOHA) dan dijalankan untuk agensi/jabatan di bawah KDN sendiri.

SPIER dibangunkan untuk mengenal pasti calon pengambilan yang mampu memenuhi kriteria terutama dari segi personaliti, integriti, kesihatan mental, kompetensi dan patriotisme.

SPIER merupakan tiga sistem ujian psikometrik secara berkomputer dan boleh digunakan dalam proses pembangunan kendiri pegawai.

Jadi soalan mereka lebih terfokus kepada payung KDN berbanding soalan Psikometrik SPA yang lebih umum untuk penjawat awam secara kasar.

Tapi dasar penilaian masih sama iaitu;

  • penilaian minat kerjaya
  • penilaian personaliti
  • penilaian nilai pekerjaan

Secara umum penilaiannya adalah sama. Tetapi lebih terkhusus pada pihak KDN dari aspek susunan soalan kerana ianya dikendalikan terus kepada database KDN.

Jika anda perasan, exam nanti akan terus di web https://psikom.moha.gov.my/spier/ iaitu Ministry of Home Affairs (MOHA / KDN). Akan ada basic profiling peribadi anda terus didaftarkan ke pihak KDN sebelum ujian Psikometrik dilaksanakan.

Ianya terangkum dalam SPiER tetapi penilaian utamanya adalah sama seperti rujukan psikometrik yang kamicadangkan ini

Untuk lebih jelas berkaitan SPiER boleh rujuk perkongsian umum Tuan Matthew Barin (mantan SUB SPA) berkongsi menganai SPiER untuk jawatan Polis.

 https://www.youtube.com/watch?v=6FU19KcF0BQ

Apa itu Ujian Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPiER)

Admin
Admin Admin kepada beberapa blog dan website, bermula sejak tahun 2009. Menyediakan perkhidmatan membina blog/website. Terima kasih atas kunjungan anda...

Post a Comment for "Apa itu Ujian Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPiER)"