Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget Atas Posting

Tips Semasa Peperiksaan Online SPA

Tips Semasa Peperiksaan Online SPA

Panduan Memastikan Kestabilan Capaian Internet Semasa Peperiksaan Online SPA. Panduan ringkas ini adalah bagi membantu calon di dalam persediaan menduduki Peperiksaan Online SPA. Terdapat beberapa faktor utama yang dikenalpasti menyebabkan gangguan terhadap capaian internet. 

Diantaranya adalah seperti berikut:


1. Virus, Malware, Spyware

Sekiranya dijangkiti, sistem pengoperasian komputer boleh terganggu dan gagal beroperasi dengan baik. Ini juga boleh menyebabkan gangguan terhadap capaian internet.
Pencegahan: Guna antivirus yang diyakini selamat. Sila scan komputer anda dan pastikan pattern antivirus yang digunakan adalah terkini.

2. Browser (add on dan plugin terlalu banyak)

Sesetengah plugin atau add on adalah spyware. Ini boleh memudaratkan prestasi kelajuan capaian ke internet komputer anda.
Pencegahan: Anda boleh menggunakan tetapan default setting bagi browser masing-masing. Contoh:

i. Internet Explorer: internet option > Advanced > Reset Internet Explorer settings
ii. Chrome: Setting > Reset Settings Penggunaan browser Mozilla, Google Chrome, Internet Explorer dan Safari adalah yang dicadangkan bagi capaian ke Sistem Peperiksaan Online SPA.

3. Kuota Internet (Pengguna Broadband)

Jika kuota internet anda telah hampir mencapai had maksimum, ini boleh mengakibatkan gangguan capaian internet semasa menduduki Peperiksaan Online SPA.
Pencegahan: Sila pastikan kuota capaian internet anda mencukupi sebelum menduduki Peperiksaan Online SPA.

4. Windows Firewall

Penggunaan Windows Firewall adalah satu cara untuk mengelak dari sebarang ancaman penceroboh. Namun sekiranya tetapan firewall rules yang dilakukan tidak menepati keperluan dan kegunaan seharian, ia boleh mengganggu sistem komputer anda.
Pencegahan: Sila pastikan firewall rules, tidak mengganggu aplikasi rangkaian internet yang sering digunakan.

5. Fungsi Auto Update Perisian

Banyak perisian sekarang yang mempunyai fungsi auto update dari internet secara percuma mahupun berbayar. Proses ini boleh mengganggu prestasi kelajuan capaian internet anda.
Pencegahan: Gunakan msconfig untuk menetapkan setiap program yang jarang anda gunakan supaya tidak autorun pada masa startup. Anda boleh menyemak semula senarai service (dari administrative tools – dalam control panel) yang diprogramkan untuk larian secara auto. Sekiranya tidak perlu, disable service tersebut.

Semoga Berjaya!

Admin
Admin Admin kepada beberapa blog dan website, bermula sejak tahun 2009. Menyediakan perkhidmatan membina blog/website. Terima kasih atas kunjungan anda...

Post a Comment for "Tips Semasa Peperiksaan Online SPA"