Widget HTML Atas

Jawatan Pegawai Geosains Gred C41

jawatan kosong

Anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam sebagai Pegawai Geosains? bersesuai dengan minat dan kelayakan yang anda ada. Anda boleh mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui Portal Rasmi SPA iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Permohonan jawatan kosong Pegawai Geosains boleh ini dibuat secara online di laman web rasmi SPA. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pegawai Geosains Gred C41.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Geosains Gred C41

Permohonan dan pengambilan jawatan Pegawai Geosains C41 telah dibuka kekosongan jawatan di pelbagai Kementerian / Jabatan. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pegawai Geosains C41. Maklumat bagi permohonan kerja lepasan Diploma menerusi SPA.

Pegawai Geosains Gred C41

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem/Jab: Perkhidmatan Sains

Jadual Gaji: Gaji minimum RM2,317.00, gaji maksimum RM9.620.00 dan kadar kenaikan gaji tahuan RM225.00.

SYARAT LANTIKAN :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang kaji bumi, geofizik, fizik (geofizik), kaji bumi (geofizik) atau kimia yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,317.00); atau
  • ijazah sarjana muda kejuruteraan dalam bidang perlombongan, mineral atau kaji logam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,524.01).
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Geosains adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Geosains Gred C41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • (a)
    • mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
    • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • (b) had umur pelantikan:
    • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Cara Memohon Jawatan:

Jawatan Pegawai Geosains Gred C41 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Sumber: SPA


Admin
Admin Admin kepada beberapa blog dan website, bermula sejak tahun 2009. Menyediakan perkhidmatan membina blog/website. Terima kasih atas kunjungan anda...

No comments for "Jawatan Pegawai Geosains Gred C41"