Kenapa Ramai Graduan GAGAL Temuduga?

Dapatkan panduan, rujukan dan tips serta contoh soalan lazim yang biasa ditanya ketika temuduga di sini...

Ramai Gagal Temuduga

MAJIKAN sering mengeluh mengenai graduan hari ini yang tidak begitu kompetan dan sikap tidak acuh mengenai pekerjaan yang dipilih. Ramai menganggap  kerana faktor pasaran kerja hari ini yang tidak menentu selain prinsip ‘janji ada kerja’.

Seorang majikan, Rozan Dhamiree berkata, sesi temuduganya mendapati  sudut ekspresi diri golongan muda ini amat lemah.

“Mereka tidak pandai bercakap secara ilmiah, kaku dan kurang memberi impak. Dan rata-rata mereka kurang kreatif dalam mempersembahkan personaliti diri dan terlalu bergantung pada kertas resume sahaja.  Kadang-kadang apa yang ditulis pun mereka sendiri tak tahu kerana hanya copy and paste daripada internet,” katanya.

Ditanya mengenai tular di laman sosial mengenai majikan yang mengeluh kerana sikap anak-anak muda yang agak biadab ketika mencari kerja, Rozan bersyukur perkara itu belum lagi terjadi kepada dirinya.

“Namun jika ia berlaku, perkara pertama yang akan saya lakukan adalah bertenang. Mereka ini berdarah muda dan cepat melenting, sebagai seorang yang lebih tua kita cuba berlembut dan menggunakan kaedah psikologi untuk selami perasaan dan sebab mereka berlaku biadab. Bak kata pepatah, api tak boleh dipadamkan dengan api. Jika kita berkeras, mereka akan lebih biadab,” katanya.

Klik Sini :



Menceritakan pendiriannya sebagai majikan, Rozan memberitahu, dia akan cuba menyelami sikap pekerjanya supaya dapat lebih memahami mereka.

Katanya lagi, pada setiap kali temuduga, dia akan mengingatkan bakal pekerja menggunakan konsep ‘personality masking’ agar mereka dilihat sehabis baik di mata bakal majikan.

Selain itu, Rozan yang juga Pengarah Urusan Primocore Sdn Bhd turut menasihatkan pencari kerja muda terutamanya graduan agar menjadi diri yang sebenar, bersedia ketika ditemuduga dan bercakap secara ilmiah.

“Banyakkan membaca serta bergaul dengan orang yang lebih pengalaman, lebih hebat dan lebih tua daripada kita. Belajar control nafsu dan darah muda serta belajar bercakap menggunakan akal bukan emosi,” katanya.

Sementara itu, Rozan turut membidas sesetengah pendapat yang mengatakan anak-anak muda kita sekarang lebih lantang dan biadab.

Katanya terdapat perbezaan halus di antara lantang dan biadab dan kita harus mengetahuinya.

“Lantang tidak semestinya biadab dan biadap tidak semestinya datang daripada orang muda. Orang lama pun boleh jadi biadab. Ia bergantung pada dua perkara. Yang pertama, adakah apa yang dicakap itu fakta, dan cara penyampaian fakta tu.

“Kadang-kadang seorang anak muda memberi hujah fakta yang betul dan dengan cara lemah lembut, namun orang lama tersebut tersinggung dan terus mengatakan anak muda itu biadab.

“Fakta adalah fakta dan selalunya ramai manusia tidak dapat menerima kenyataan apabila fakta tersebut berbeza dengan pendiriannya. Bagi saya, sebelum kita menuding jari, lebih baik kita berfikir sejenak dan tidak adil kalau terus-terusan melabelkan bakal pekerja berusia muda ini terlalu lantang dan biadab,” katanya.

COMMENTS

Name

Akauantan WA41,1,Contoh Soalan,14,Contoh Soalan Pegawai Trafik Udara,1,Contoh Soalan PPT,1,Contoh Soalan PTD,1,ebook exam spa,1,Exam Akauntan Wa41,1,Exam Online,3,Exam PPT,1,Exam PTD M41,1,Exam SPA,41,Info Kerjaya,42,kerja kosong,1,Kerjaya Kerajaan,17,LHDN 41,1,Panduan,46,Panduan Exam PTD,1,Pegawai LHDN,2,Pegawai PTD,1,Pegawai Tadbir N41,1,Pegawai Trafik A29,1,Pegawai Trafik A41,1,Pegawal Hal Ehwal Islam,1,Penolong Pegawai Tadbir,1,Penolong Pegawai Tadbir N29,1,Peperiksaan Online,10,Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN,3,PPT N29,2,Rahsia Temuduga,2,Rujukan,1,Separa Perubatan,2,Temudga,1,Temuduga,7,Temuduga LHDN,1,Temuduga Separa Perubatan,1,Temuduga SPA,2,Tips Kerjaya,20,
ltr
item
Panduan Temuduga dan Exam SPA Online: Kenapa Ramai Graduan GAGAL Temuduga?
Kenapa Ramai Graduan GAGAL Temuduga?
Dapatkan panduan, rujukan dan tips serta contoh soalan lazim yang biasa ditanya ketika temuduga di sini...
https://1.bp.blogspot.com/-H58oN16DME8/WclVEHHGtJI/AAAAAAAAWMk/etm3is1X5DYejOuy9qGZ5RMkTI1w74NVACLcBGAs/s640/graduan%2Bgagal%2Btemu%2Bduga.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-H58oN16DME8/WclVEHHGtJI/AAAAAAAAWMk/etm3is1X5DYejOuy9qGZ5RMkTI1w74NVACLcBGAs/s72-c/graduan%2Bgagal%2Btemu%2Bduga.jpg
Panduan Temuduga dan Exam SPA Online
https://www.examspa.info/2017/09/kenapa-ramai-graduan-gagal-temuduga.html
https://www.examspa.info/
https://www.examspa.info/
https://www.examspa.info/2017/09/kenapa-ramai-graduan-gagal-temuduga.html
true
2143333671180774224
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy