Panduan Temuduga Penolong Pegawai Senibina Gred JA29

Temuduga Penolong Pegawai Senibina Gred JA29 Penolong Pegawai Senibina Gred JA29 merupakan jawatan sokongan yang ditempatkan di Jabatan Kerja Raya, Jabatan-Jabatan, Agensi-Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Panduan Temuduga Penolong Pegawai Senibina Gred JA29

Temuduga Penolong Pegawai Senibina Gred JA29

Penolong Pegawai Senibina Gred JA29 merupakan jawatan sokongan yang ditempatkan di Jabatan Kerja Raya, Jabatan-Jabatan, Agensi-Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Kadar gaji yang ditawarkan bermula dengan kadar RM1,418 sehingga RM5,121. Kenaikan gaji tahunan ialah RM145. Ini tidak termasuk elaun dan imbuhan lain yang diterima oleh kakitangan awam.

Untuk menjadi seorang Penolong Pegawai Senibina, seseorang calon yang berminat WAJIB mendaftar di portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

Pemilihan dilakukan menerusi kelulusan calon sekurang-kurangnya sijil dalam bidang seni bina dari politeknik tempatan atau kelulusan yang setaraf. Ia mestilah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Gaji ditahap ini diberi pada kadar RM1,418.

Bagi mereka yang berkelulusan diploma dalam bidang seni bina akan menerima gaji pada kadar RM1,826.02. Calon yang dilantik dalam jawatan ini mesti mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sebagai seorang Penolong Pegawai Senibina, berikut ialah kewajipan yang harus ditunaikan :

✔ Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Pendirian Bangunan
✔ Permohonan Pelan Susun Atur
✔ Permohonan Kelulusan Landskap
✔ Permohonan Pemasangan Papan Tanda Bangunan Komersial dan Bangunan Pejabat Kerajaan
✔ Menyelaras pengeluaran surat sokongan Perakuan Kelayakan Menduduki Bangunan (CF)
✔ Permohonan Ubahsuai Bangunan, reka bentuk ruang pameran dan bahan-bahan pameran, ulasan cadangan pencahayaan bangunan dan ulasan cadangan reka bentuk dalaman bagi bangunan-bangunan di bawah penyeliaan jabatan serta lain-lain tugas yang berkaitan.

Penolong Pegawai Senibina yang akan ditempatkan di Jabatan Kerja Raya (JKR) harus mengetahui sedikit sebanyak tentang JKR sebagai salah satu persediaan kerjaya.

Soalan-soalan temuduga yang bakal ditanya berkemungkinan berkaitan dengan JKR. Contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Senibina ini ditulis sebagai panduan sahaja dan tidak semestinya disoal semasa temuduga berlangsung.

1. Terangkan visi JKR yang tertulis dalam laman sesawang rasmi mereka.
2. Sebutkan 3 dari misi JKR yang anda tahu.
3. Apakah objektif penubuhan JKR?
4. Ceritakan secara ringkas profil JKR yang ditubuhkan sejak tahun 1872.
5. Ada berapa bahagian pentadbiran dalam pentadbiran JKR?
6. Jabatan di bahagian Ibu Pejabat mempunyai 3 sektor utama iaitu…
7. Sebutkan 3 daripada Cawangan JKR yang anda tahu.
8. Berikan salah satu tanggung jawab Ibu Pejabat JKR.
9. Apakah 3 tanggung jawab seorang Pengarah di JKR Negeri?
10. Sebutkan 3 wilayah utama yang terdapat dalam JKR.
11. Apakah tanggung jawab yang perlu ditunaikan oleh JKR Wilayah Persekutuan?
12. Pelan Strategi JKR berfungsi untuk…
13. Perkhidmatan utama JKR termasuklah…
14. JKR melaksanakan projek-projek mereka menerusi kaedah…
15. Bagaimanakah JKR mengendalikan Penyelenggaraan Jalan?

Klik SHARE dan TAG rakan-rakan anda yang terlibat dengan temuduga Pegawai Teknologi Maklumat F41

Lebih banyak panduan temuduga kerja kerajaan boleh didapati di sini :

COMMENTS

Name

Akauantan WA41,1,Contoh Soalan,14,Contoh Soalan Pegawai Trafik Udara,1,Contoh Soalan PPT,1,Contoh Soalan PTD,1,ebook exam spa,1,Exam Akauntan Wa41,1,Exam Online,3,Exam PPT,1,Exam PTD M41,1,Exam SPA,41,Info Kerjaya,42,kerja kosong,1,Kerjaya Kerajaan,17,LHDN 41,1,Panduan,46,Panduan Exam PTD,1,Pegawai LHDN,2,Pegawai PTD,1,Pegawai Tadbir N41,1,Pegawai Trafik A29,1,Pegawai Trafik A41,1,Pegawal Hal Ehwal Islam,1,Penolong Pegawai Tadbir,1,Penolong Pegawai Tadbir N29,1,Peperiksaan Online,10,Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN,3,PPT N29,2,Rahsia Temuduga,2,Rujukan,1,Separa Perubatan,2,Temudga,1,Temuduga,7,Temuduga LHDN,1,Temuduga Separa Perubatan,1,Temuduga SPA,2,Tips Kerjaya,20,
ltr
item
Panduan Temuduga dan Exam SPA Online: Panduan Temuduga Penolong Pegawai Senibina Gred JA29
Panduan Temuduga Penolong Pegawai Senibina Gred JA29
Temuduga Penolong Pegawai Senibina Gred JA29 Penolong Pegawai Senibina Gred JA29 merupakan jawatan sokongan yang ditempatkan di Jabatan Kerja Raya, Jabatan-Jabatan, Agensi-Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan.
https://3.bp.blogspot.com/-pNDqMlt0TQE/V2bLYexhViI/AAAAAAAATa4/uD6bigXkrGgHG7qVBdxaaqZPI_1V8tJSACLcB/s640/Temuduga%2BPenolong%2BPegawai%2BSenibina%2BGred%2BJA29.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-pNDqMlt0TQE/V2bLYexhViI/AAAAAAAATa4/uD6bigXkrGgHG7qVBdxaaqZPI_1V8tJSACLcB/s72-c/Temuduga%2BPenolong%2BPegawai%2BSenibina%2BGred%2BJA29.jpg
Panduan Temuduga dan Exam SPA Online
https://www.examspa.info/2016/06/panduan-temuduga-penolong-pegawai.html
https://www.examspa.info/
https://www.examspa.info/
https://www.examspa.info/2016/06/panduan-temuduga-penolong-pegawai.html
true
2143333671180774224
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy