Perkembangan kerjaya jururawat di Malaysia

Kerjaya Jururawat di Malaysia sudah bermula di sekitar tahun 1800 di Pulau Pinang dan Singapura. Ia dipelopori oleh anggota dari syarikat East India Co. dan kemudian digantikan oleh rahib Katolik. Pada tahun 1938, latihan sambil bekerja jururawat yang pertama diadakan di Johor Bahru.

Kerjaya Jururawat di Malaysia sudah bermula di sekitar tahun 1800 di Pulau Pinang dan Singapura. Ia dipelopori oleh anggota dari syarikat East India Co. dan kemudian digantikan oleh rahib Katolik. Pada tahun 1938, latihan sambil bekerja jururawat yang pertama diadakan di Johor Bahru. Ianya terhenti apabila perang dunia kedua melanda pada tahun 1942 hingga 1945. Pada tahun 1946, Sekolah Kejururawatan yang pertama ditubuhkan di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Jururawat adalah satu kerjaya yang unik kerana ia mempunyai kombinasi "seni" dan "sains". Membantu pesakit sambil mengambil inisiatif pendidikan penjagaan diri sendiri sepanjang masa dan menghulurkan bantuan kepada orang lain apabila mereka sendiri tidak mampu untuk menjaga dan merawat diri sendiri. Kerjaya ini turut memperkenalkan kesihatan, menolong orang ramai menjadi lebih sihat dan menolong mereka yang sakit meneruskan kehidupan sehingga menjelang usia tua mereka.

Bidang kerjururawatan dikatakan unik kerana ia mempunyai keperluan dan permintaan yang tinggi selari dengan teknologi semasa dunia perubatan. Perubahan, penambahbaikan dan peningkatan dalam kerjaya ini sentiasa dititikberatkan untuk menyahut cabaran negara maju menjelang tahun 2020.

Perkembangan bidang ini dapat diperhatikan menerusi penambahbaikan skim perkhidmatan Jururawat yang ditingkatkan dari Kumpulan Pelaksana kepada Skim Perkhidmatan Bersepadu. Gred jawatan jururawat yang dahulunya setakat Gred U40 sahaja kini telah diperluaskan kepada Gred U41 hingga ke Gred U54.

Keperluan kerjaya jururawat menurut WHO

World Health Organization (WHO) menetapkan bilangan jururawat kepada penduduk dengan nisbah 1:200. Untuk mencapai jumlah tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat perancangan bagi melatih individu yang berminat untuk menjadi jururawat. Direkodkan bahawa Institut Latihan KKM telah melahirkan 3,000 jururawat yang kompeten dan berwibawa setiap tahun.

Jururawat yang tamat tempoh latihan akan ditempatkan di fasiliti-fasiliti kesihatan KKM. Bilangan jururawat dijangkakan akan terus meningkat dengan adanya pengambilan yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di bawah kategori Separa Perubatan.

Karektor yang perlu ada untuk menjadi jururawat profesional

Seorang jururawat yang profesional perlu memiliki sikap positif, cergas, penyayang, jujur, penyabar, sopan, prihatin, mampu berkomunikasi dengan berkesan. Selain itu, seorang jururawat yang profesional perlu mengambil inisiatif untuk menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan dengan bidang kejururawatan itu sendiri. Ini penting bagi memastikan seseorang jururawat tersebut mengikuti perkembangan terbaru berkaitan dengan perkembangan teknologi kesihatan dan perubatan semasa.

Jururawat yang profesional perlu mematuhi semua etika kerja yang telah digariskan. Untuk berkhidmat dengan cemerlang, seseorang jururawat perlu menerapkan ciri-ciri seperti kreatif, inovatif, berfikiran kritis, komited dalam menjalankan tugas, dedikasi, bersikap pemimpin dan mempunyai kemahiran khusus serta mampu mencapai tahap pakar. Namun begitu, perkara yang paling utama ialah disiplin, boleh bekerjasama sebagai satu pasukan dan patuh pada peraturan yang telah ditetapkan.

Sekiranya anda benar-benar berminat untuk menjadi jururawat, terus ke laman >> Panduan Jururawat << di sini.

COMMENTS

Name

Akauantan WA41,1,Contoh Soalan,14,Contoh Soalan Pegawai Trafik Udara,1,Contoh Soalan PPT,1,Contoh Soalan PTD,1,ebook exam spa,1,Exam Akauntan Wa41,1,Exam Online,3,Exam PPT,1,Exam PTD M41,1,Exam SPA,41,Info Kerjaya,42,kerja kosong,1,Kerjaya Kerajaan,17,LHDN 41,1,Panduan,46,Panduan Exam PTD,1,Pegawai LHDN,2,Pegawai PTD,1,Pegawai Tadbir N41,1,Pegawai Trafik A29,1,Pegawai Trafik A41,1,Pegawal Hal Ehwal Islam,1,Penolong Pegawai Tadbir,1,Penolong Pegawai Tadbir N29,1,Peperiksaan Online,10,Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN,3,PPT N29,2,Rahsia Temuduga,2,Rujukan,1,Separa Perubatan,2,Temudga,1,Temuduga,7,Temuduga LHDN,1,Temuduga Separa Perubatan,1,Temuduga SPA,2,Tips Kerjaya,20,
ltr
item
Panduan Temuduga dan Exam SPA Online: Perkembangan kerjaya jururawat di Malaysia
Perkembangan kerjaya jururawat di Malaysia
Kerjaya Jururawat di Malaysia sudah bermula di sekitar tahun 1800 di Pulau Pinang dan Singapura. Ia dipelopori oleh anggota dari syarikat East India Co. dan kemudian digantikan oleh rahib Katolik. Pada tahun 1938, latihan sambil bekerja jururawat yang pertama diadakan di Johor Bahru.
http://2.bp.blogspot.com/-XicFzQ4j89g/Vc6qMS-ipdI/AAAAAAAAQLE/-MH11sD7m8E/s640/kerjaya%2Bjururawat.png
http://2.bp.blogspot.com/-XicFzQ4j89g/Vc6qMS-ipdI/AAAAAAAAQLE/-MH11sD7m8E/s72-c/kerjaya%2Bjururawat.png
Panduan Temuduga dan Exam SPA Online
https://www.examspa.info/2015/08/perkembangan-kerjaya-jururawat-di.html
https://www.examspa.info/
https://www.examspa.info/
https://www.examspa.info/2015/08/perkembangan-kerjaya-jururawat-di.html
true
2143333671180774224
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy