5 fokus program dalam resume

Dalam menghasilkan resume yang berkualiti, anda perlu masukkan komponen yang boleh menyerlahkan resume anda berbanding dengan resume orang lain.

5 fokus program dalam resume

Dalam menghasilkan resume yang berkualiti, anda perlu masukkan komponen yang boleh menyerlahkan resume anda berbanding dengan resume orang lain. Contoh yang paling mudah ialah kursus atau program yang pernah anda sertai di sekolah, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan peringkat antarabangsa. Dalam artikel ini, kita mulakan dengan 5 fokus program dalam resume.

1. Program kemasyarakatan. Di IPT misalnya, kerap dianjurkan program-program yang melibatkan masyarakat seperti program anak angkat, mahasiswa ke desa, berbasikal bersama penduduk dan sebagainya. Ambil inisiatif ini untuk menyertai program-program yang dianjurkan dan masukkan ia ke dalam resume. Bakal majikan akan melihat anda sebagai seorang yang boleh bercampur dengan pelbagai lapisan masyarakat dan boleh menyesuaikan diri dengan pelbagai karenah dan keadaan.

2. Program kepimpinan. Kepimpinan melalui teladan, itulah yang biasa kita dengar. Anda barangkali seorang yang pendiam, tetapi anda boleh mencorakkan kepimpinan dalam diri anda dengan menyertai persatuan atau kelab yang membentuk sahsiah diri dengan baik. Sekiranya anda seorang pengawas sekolah atau sekretariat dari majlis perwakilan mahasiswa, anda bakal mendapat perhatian oleh bakal majikan kerana anda adalah seorang pemimpin yang boleh membuat keputusan dengan bijak. Dengan adanya komponen ini, ia bakal menyerlahkan lagi resume anda.

3. Program kesukanan. Anda minat dengan aktiviti sukan atau di luar rumah. Ini meletakkan posisi anda sebagai orang yang boleh menerima cabaran dan sedia menghadapi risiko. Lihat sahaja ahli sukan yang ada, mereka mempunyai kekuatan mental dan fizikal untuk menjalankan aktiviti kesukanan. Sukan bola sepak misalnya, ia nampak mudah tetapi penuh dengan strategi dan risiko untuk cedera. Selain itu, aktiviti ini menyihatkan, jadi bakal majikan pasti gembira jika anda boleh berkhidmat dengan sihat.

4. Program keusahawanan. Anda mungkin bukan pelajar  dalam bidang perniagaan tetapi anda mengambil inisiatif untuk menceburi kelab keusahawanan di sekolah atau IPT. Di situ anda belajar perkara asas dan selok-belok bidang keusahawanan. Salah satu ciri-ciri usahawan ialah menyelesaikan masalah. Jadi sebagai seorang kakitangan dalam syarikat, anda sudah pun menyerlahkan bakal sumbangan yang diberikan kepada majikan apabila diterima bekerja nanti.

5. Program bakat dan seni. Bakat yang ada dalam diri anda tidak semestinya melukis. Barangkali anda boleh menyanyi, berpantun dan bermain alat muzik. Contohnya, anda oleh menyanyi sambil bermain gitar. Ia menggambarkan anda seorang yang boleh menyelesaikan banyak tugasan dalam sesuatu masa. Masukkan kelebihan ini ke dalam resume anda supaya permohonan anda berjaya menambat hati majikan.

Kesimpulannya, anda harus memanfaatkan semua kelebihan yang ada dalam diri anda. 5 program yang anda sertai ini bukanlah untuk mendapatkan sijil semata-mata, tetapi untuk menambah nilai diri anda sebagai seorang individu yang bermotivasi dan berwawasan untuk sukses dalam kerjaya. Usah berhenti berusaha untuk memenuhi 5 program ini, sebaliknya jadikan ia sebagai batu loncatan untuk mencapai kejayaan demi kejayaan dalam kerjaya anda.


COMMENTS

Name

Akauantan WA41,1,Contoh Soalan,14,Contoh Soalan Pegawai Trafik Udara,1,Contoh Soalan PPT,1,Contoh Soalan PTD,1,ebook exam spa,1,Exam Akauntan Wa41,1,Exam Online,3,Exam PPT,1,Exam PTD M41,1,Exam SPA,41,Info Kerjaya,42,kerja kosong,1,Kerjaya Kerajaan,17,LHDN 41,1,Panduan,46,Panduan Exam PTD,1,Pegawai LHDN,2,Pegawai PTD,1,Pegawai Tadbir N41,1,Pegawai Trafik A29,1,Pegawai Trafik A41,1,Pegawal Hal Ehwal Islam,1,Penolong Pegawai Tadbir,1,Penolong Pegawai Tadbir N29,1,Peperiksaan Online,10,Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN,3,PPT N29,2,Rahsia Temuduga,2,Rujukan,1,Separa Perubatan,2,Temudga,1,Temuduga,7,Temuduga LHDN,1,Temuduga Separa Perubatan,1,Temuduga SPA,2,Tips Kerjaya,20,
ltr
item
Panduan Temuduga dan Exam SPA Online: 5 fokus program dalam resume
5 fokus program dalam resume
Dalam menghasilkan resume yang berkualiti, anda perlu masukkan komponen yang boleh menyerlahkan resume anda berbanding dengan resume orang lain.
http://www.resumekerja.com/images/banner%20baru/resume1.jpg
Panduan Temuduga dan Exam SPA Online
https://www.examspa.info/2015/08/5-fokus-program-dalam-resume.html
https://www.examspa.info/
https://www.examspa.info/
https://www.examspa.info/2015/08/5-fokus-program-dalam-resume.html
true
2143333671180774224
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy