Rujukan Peperiksaan Pegawai Psikologi S41

Rujukan Peperiksaan Pegawai Psikologi S41: Terkini semua peperiksaan perkhidmatan awam yang dianjurkan oleh SPA akan dijalankan secara online. Bagi calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan awam ini sudah boleh membuat persediaan yang lebih teratur. Calon tidak perlu keluar ke lokasi peperiksaan. Calon hanya perlukan sebuah komputer dan talian internet yang stabil.



Rujukan Peperiksaan Pegawai Psikologi S41: Terkini semua peperiksaan perkhidmatan awam yang dianjurkan oleh SPA akan dijalankan secara online. Bagi calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan awam ini sudah boleh membuat persediaan yang lebih teratur. Calon tidak perlu keluar ke lokasi peperiksaan. Calon hanya perlukan sebuah komputer dan talian internet yang stabil.

Format peperiksaan online Pegawai Psikologi S41 sentiasa berubah mengikut keadaan semasa. Kini peperiksaan online Pegawai Psikologi S41 terbahagi kepada 3 komponen yang utama iaitu :


  1. Seksyen A : Pengetahuan am
  2. Seksyen B : Daya menyelesaikan masalah
  3. Seksyen C : Ujian psikometrik


Seksyen A : Pengetahuan Am

Dalam seksyen A, soalan yang bakal ditanyakan meliputi aspek-aspek yang berkaitan dengan bidang psikologi. Sesuai dengan jawatan Pegawai Psikologi, bidang yang berkaitan adalah psikologi dan kaunseling. Oleh itu anda perlu mencari maklumat-maklumat seperti pengertian psikologi, kaunseling, kementerian, jabatan atau agensi kerajaan yang mempunyai jabatan psikologi dan kaunseling. Pastikan anda mengambil tahu objektif, misi dan visi ianya ditubuhkan dan bagaimana ianya dijalankan.

Selain itu, informasi seperti teknologi maklumat dan komunikasi tidak harus anda lupakan kerana tanpanya sukar untuk anda menjadi seorang Pegawai Psikologi. Setiap hari akan ada maklumat-maklumat terbaru yang perlu anda ketahui supaya sentiasa mengikuti perkembangan berita semasa. Ada banyak contoh-contoh berita di media massa yang boleh anda gunakan untuk psikologi dan kaunseling.

Selain itu, hal ehwal yang melibatkan pengurusan sumber manusia dan organisasi perlu anda ambil tahu. Ianya amat berkaitan dengan tugas dan tanggung jawab seorang Pegawai Psikologi. Bidang psikologi dan kaunseling amat berkaitan dengannya. Untuk melengkapkan persediaan peperiksaan anda, perancangan dan pentadbiran sosial juga perlu diambil kira. Kedua-dua perkara ini memainkan peranan yang penting untuk anda menyediakan maklumat bagi menghadapi peperiksaan online Pegawai Psikologi S41.

Seksyen B : Daya menyelesaikan masalah

Untuk lulus dalam peperiksaan online Pegawai Psikologi S41, anda harus membuat persediaan untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan pengiraan. Anda perlu tahu operasi asas dalam matematik yang semasa anda belajar di sekolah rendah dan sekolah menengah dahulu. Rujuk kembali buku nota matematik yang terdapat di pasaran.

Anda tidak perlu bimbang kerana pihak SPA sendiri anda menyediakan garis panduan untuk anda membuat persediaan. Anda perlu membuat penyelesaian masalah yang diberi dengan menggunakan kaedah di bawah iaitu :

1. Kemahiran Logik. Anda perlu menggunakan kemahiran logik untuk membuat pilihan jawapan yang benar atau mengenal pasti jawapan yang salah.

2. Kemahiran Menginterpretasikan Data. Anda perlu membuat analisis data-data yang diberikan untuk mendapat penyelesaiannya. Anda boleh menggunakan jadual, graf dan formula untuk memudahkan pengiraan.

3. Konsep Matematik. Konsep matematik seperti numeric, kuantitatif dan kemahiran nombor boleh digunakan semasa menjawab soalan yang dikemukakan. Ia termasuklah konsep dan kebolehan untuk memahami dan berfikir secara kuantitatif yang selari dengan tugasan seorang Pegawai Psikologi. Anda tidak perlu bimbang kerana tahap matematik yang diaplikasikan tidak melebihi silibus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Anda sudah semestinya mempunyai pengalaman sebagai pelajar SPM.

Seksyen C : Ujian psikometrik

Ujian psikometrik ini diadakan bagi menguji sikap anda, cara anda membuat keputusan dan respon terhadap situasi yang diberikan. Oleh itu anda perlu menjawab dengan berhati-hati kerana soalan yang diberikan mempunyai jawapan yang hampir sama atau tepat.

Rumusan:

Untuk menjadi seorang Pegawai Psikologi S41, anda bukan hanya perlu lulus dalam peperiksaan online yang dijalankan, tetapi juga harus melepasi tapisan temuduga yang dijalankan selepas anda lulus peperiksaan online Pegawai Psikologi S41. Bentuk soalan akan ditanyakan ada dalam 3 kategori. Jumlah soalan dan markah termasuklah masa menjawab akan ditentukan oleh pihak SPA dari masa ke semasa.

Jadi apa yang perlu anda lakukan ialah membuat persediaan yang rapi berdasarkan daripada maklumat yang berkaitan dengan Pegawai Psikologi itu sendiri. Untuk mendapatkan pakej rujukan peperiksaan online Penguasa Psikologi S41 anda boleh tinggalkan nama dan emel anda di bawah ini. Jangan lupa persedia awal amat penting kerana tarikh Peperiksaan Pegawai Psikologi S41 makin hampir - 25 Mac 2015

Nama Anda
E-mail Anda



Atau anda boleh terus ke laman berikut:

COMMENTS

Name

Akauantan WA41,1,Contoh Soalan,14,Contoh Soalan Pegawai Trafik Udara,1,Contoh Soalan PPT,1,Contoh Soalan PTD,1,ebook exam spa,1,Exam Akauntan Wa41,1,Exam Online,3,Exam PPT,1,Exam PTD M41,1,Exam SPA,41,Info Kerjaya,42,kerja kosong,1,Kerjaya Kerajaan,17,LHDN 41,1,Panduan,46,Panduan Exam PTD,1,Pegawai LHDN,2,Pegawai PTD,1,Pegawai Tadbir N41,1,Pegawai Trafik A29,1,Pegawai Trafik A41,1,Pegawal Hal Ehwal Islam,1,Penolong Pegawai Tadbir,1,Penolong Pegawai Tadbir N29,1,Peperiksaan Online,10,Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN,3,PPT N29,2,Rahsia Temuduga,2,Rujukan,1,Separa Perubatan,2,Temudga,1,Temuduga,7,Temuduga LHDN,1,Temuduga Separa Perubatan,1,Temuduga SPA,2,Tips Kerjaya,20,
ltr
item
Panduan Temuduga dan Exam SPA Online: Rujukan Peperiksaan Pegawai Psikologi S41
Rujukan Peperiksaan Pegawai Psikologi S41
Rujukan Peperiksaan Pegawai Psikologi S41: Terkini semua peperiksaan perkhidmatan awam yang dianjurkan oleh SPA akan dijalankan secara online. Bagi calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan awam ini sudah boleh membuat persediaan yang lebih teratur. Calon tidak perlu keluar ke lokasi peperiksaan. Calon hanya perlukan sebuah komputer dan talian internet yang stabil.
http://2.bp.blogspot.com/-9xIt7cfB99M/VQqlJ4suCPI/AAAAAAAAPik/Qz4H0KqTxA8/s1600/panduan%2Bpeperiksaan%2Bpegawai%2Bpsikologi%2Bs41.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-9xIt7cfB99M/VQqlJ4suCPI/AAAAAAAAPik/Qz4H0KqTxA8/s72-c/panduan%2Bpeperiksaan%2Bpegawai%2Bpsikologi%2Bs41.jpg
Panduan Temuduga dan Exam SPA Online
https://www.examspa.info/2015/03/rujukan-peperiksaan-pegawai-psikologi.html
https://www.examspa.info/
https://www.examspa.info/
https://www.examspa.info/2015/03/rujukan-peperiksaan-pegawai-psikologi.html
true
2143333671180774224
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy