Widget HTML Atas

Petanda Anda Berjaya Dalam Temuduga

Petanda Anda Berjaya Dalam Temuduga

Tiga petanda anda telah berjaya dalam temuduga yang anda hadiri.

Berikut adalah tiga petanda yang anda telah berjaya dalam temuduga.

Petanda pertama : Mereka tetapkan waktu untuk hubungi anda.

Apabila anda melihat panel temuduga memandang tepat pada mata anda dan dengan suara yakin dia berkata “ Awak boleh pulang dahulu, esok saya akan hubungi awak untuk keputusannya”, saya yakin anda sudah terpilih.

Ini kerana panel itu telah tetapkan waktu di mana dia akan hubungi anda. Jika anda tidak terpilih, dia hanya akan berkata akan hubungi anda jika anda berjaya. Jika dia menetapkan tarikh yang dia akan hubungi anda, sudah tentu anda sudah terpilih. Syarikat hanya akan hubungi mereka yang berjaya sahaja.

Petanda kedua : Mereka mula berkata mengenai skop kerja anda.

Selepas anda di tanya berbagai soalan, secara tiba – tiba panel temuduga mula bercerita mengenai skop tugas kerja yang anda minta. Ketika ini, anda sudah berada dalam senarai pendek panel temuduga untuk di pilih. Jika anda di tanya soalan ketika ini, pastikan anda menjawab dengan penuh yakin, selesa dan positif.

Anda pasti terpilih apabila panel temuduga mula yakinkan anda mengenai kehendak syarikat yang mahukan orang seperti anda bekerja sebagai jawatan yang anda mohon itu. Mereka mula bercerita mengenai kerja yang bakal anda tempuh seperti cabaran dan dugaan yang terpaksa anda hadapi kelak.

Petanda ketiga : Mereka bercakap seolah – olah anda telah di terima bekerja.

Panel temuduga bukanlah seorang robot. Apabila mereka melihat anda layak, nada dan cara percakapan mereka akan berubah. Anda boleh perasan dari cara percakapan, renungan mata mereka dan cara mereka melayan anda. Namun, anda jangan terkeliru. Walaupun mereka seolah – olah gembira dengan anda, itu tak menunjukkan anda di pilih. Mereka mungkin sukakan anda tetapi anda bukanlah yang terbaik. Anda hanya di pilih jika anda boleh nampak nada suara mereka seolah – olah yakin anda boleh jadi pekerja yang terbaik untuk mereka.

Nak kerja kerjaan tanpa melalui exam SPA? nak tau rahsianya klik link di bawah;

Admin
Admin Admin kepada beberapa blog dan website, bermula sejak tahun 2009. Menyediakan perkhidmatan membina blog/website. Terima kasih atas kunjungan anda...

No comments for "Petanda Anda Berjaya Dalam Temuduga"