Contoh Soalan Temuduga Jururawat

Berikut adalah soalan lazim untuk temuduga Jururawat; 1. Apakah tugas jururawat (bergantung kepada jenis jawatan yang anda pohon) 2. Kenapa Anda memilih menjadi jururawat? (soalan ni semata-mata ingin mengetahui tahap minat anda je kot, terutamanya kepada jururawat lelaki)

temuduga jururawat

Berikut adalah soalan lazim untuk temuduga Jururawat;

1. Apakah tugas jururawat (bergantung kepada jenis jawatan yang anda pohon)
2. Kenapa Anda memilih menjadi jururawat? (soalan ni semata-mata ingin mengetahui tahap minat anda je kot, terutamanya kepada jururawat lelaki)
3. Apa beza klinik dan hospital?
4. Apa fungsi organ-organ badan?
5. Apakah penyakit terkini yang Anda ketahui? Berikan punca penyakit tersebut.

Selain itu anda juga perlu ketahui dan hadam tentang gred jawatan yang Anda pohon, rujuk maklumat di bawah sebagai panduan.

a. Peringkat jawatan jururawat dalam sektor awam:

Dalam latihan Tamat latihan
Jururawat pelatih U29 Jururawat Terlatih U29 (Diploma holder)
Jururawat masyarakat pelatih U19 Jururawat Masyarakat U19 (Certificate holder)
Ini adalah gred jawatan dalam sektor awam.

U19 – Jururawat Masyarakat
U29 – Jururawat Terlatih
U32 – Ketua Jururawat (Sister)
U36, U38, U40 – Penyelia Jururawat (Matron)
U41 & U42 – Jururawat Terlatih (biasanya pengajar, pengarah kolej)
6. Selain itu, biasa juga ditanya tentang diri sendiri anda, itu hanya sekadar mahu melihat keyakinan anda semasa bercakap jadi, kepada yang akan menghadapi temuduga, anda perlu tahu apa tugas anda sebenarnya:


TUGAS JURURAWAT

Ia adalah antara kerjaya yang mencabar dan memerlukan kecekapan yang tinggi pada zaman sekarang adalah kerjaya Jururawat. Kalau anda pernah berada di hospital-hospital kerajaan sudah pasti anda pernah melihat dan berpeluang bertemu dengan jururawat ini dan kalau lebih bernasib baik akan menemui jururawat pelatih yang melaksanakan sesi praktikal mereka. Sekali imbas kerja-kerja yang dilakukan mereka yang bergelar jururawat ni nampak mudah namun, hanya mereka yang mempunyai tahap kesabaran dan juga komitmen yang tinggi sahaja yang mampu melaksanakan tugasan dengan baik. Mereka melakukan kerja-kerja mereka dan tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat kepada pesakit yang mereka jaga. Mereka juga sabar melayan kerenah pesakit yang pelbagai.

Tugas-tugas mereka juga pelbagai mengikut lokasi mereka bekerja. Mereka yang bergelar jururawat perlu fleksible mampu menguruskan semua kerenah yang berlainan. Kebiasaannya, jururawat lebih sinonim dengan kaum hawa. Tetapi sekarang, lelaki juga boleh menjadi jururawat. Jangan fikirkan yang male nurse ini adalah lelaki lembut. Tidak sama sekali! malah, dengan adanya male nurse ini akan lebih memudahkan kerja-kerja jururawat kaum hawa melaksanakan kerja-kerja mereka seharian.

Nasihat kepada sesiapa yang ingin menjadikan Jururawat sebagai satu kerjaya mereka jangan memilih kerjaya ini dengan keadaan yang terpaksa. Bukakan hati dan minda anda. Tugas Jururawat amat mulia dan amat berisiko mengorbankan keselamatan diri demi menyelamatkan nyawa pesakit.

Tidak kira waktu mahupun tempat, yang mereka tahu amanah mesti dilaksanakan. Seiring dengan kemajuan dunia perubatan, tugas jururawat kini tidak lebih kepada berbakti namun kemahiran menggunakan peralatan perubatan berteknologi tinggi juga perlu dikuasai.

Mungkin dengan ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam menghadapi temuduga jururawat nanti. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Panduan Lengkap Temuduga Jururawat ini, anda boleh klik link di bawah;




COMMENTS

Name

Akauantan WA41,1,Contoh Soalan,14,Contoh Soalan Pegawai Trafik Udara,1,Contoh Soalan PPT,1,Contoh Soalan PTD,1,ebook exam spa,1,Exam Akauntan Wa41,1,Exam Online,3,Exam PPT,1,Exam PTD M41,1,Exam SPA,41,Info Kerjaya,42,kerja kosong,1,Kerjaya Kerajaan,17,LHDN 41,1,Panduan,46,Panduan Exam PTD,1,Pegawai LHDN,2,Pegawai PTD,1,Pegawai Tadbir N41,1,Pegawai Trafik A29,1,Pegawai Trafik A41,1,Pegawal Hal Ehwal Islam,1,Penolong Pegawai Tadbir,1,Penolong Pegawai Tadbir N29,1,Peperiksaan Online,10,Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN,3,PPT N29,2,Rahsia Temuduga,2,Rujukan,1,Separa Perubatan,2,Temudga,1,Temuduga,7,Temuduga LHDN,1,Temuduga Separa Perubatan,1,Temuduga SPA,2,Tips Kerjaya,20,
ltr
item
Panduan Temuduga dan Exam SPA Online: Contoh Soalan Temuduga Jururawat
Contoh Soalan Temuduga Jururawat
Berikut adalah soalan lazim untuk temuduga Jururawat; 1. Apakah tugas jururawat (bergantung kepada jenis jawatan yang anda pohon) 2. Kenapa Anda memilih menjadi jururawat? (soalan ni semata-mata ingin mengetahui tahap minat anda je kot, terutamanya kepada jururawat lelaki)
http://2.bp.blogspot.com/-oeTMAy80_GI/U2j0sAD7D1I/AAAAAAAAN7s/qRGCAMUVHlA/s1600/contoh+soalan+temuduga+jururawat.png
http://2.bp.blogspot.com/-oeTMAy80_GI/U2j0sAD7D1I/AAAAAAAAN7s/qRGCAMUVHlA/s72-c/contoh+soalan+temuduga+jururawat.png
Panduan Temuduga dan Exam SPA Online
https://www.examspa.info/2014/05/contoh-soalan-temuduga-jururawat.html
https://www.examspa.info/
https://www.examspa.info/
https://www.examspa.info/2014/05/contoh-soalan-temuduga-jururawat.html
true
2143333671180774224
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy