Persaingan di SPA. Mudah LULUS atau GAGAL?
Untuk tahun 2013, sebanyak 111,435 calon menerima lantikan. Satu jumlah yang ramai dan pastinya ramai graduan mengatakan ianya mudah kerana begitu banyak lantikan jawatan dikeluarkan oleh SPA.
Satu perkara yang anda kena ingat, jumlah permohonan pada tahun 2013 adalah 1.6 juta. Cuba kira berapa peratus sahaja yang lulus dan yang lain gagal! Rujuk data 2013 di laman SPA
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, setiap tahun lebih 1 juta permohonan diterima oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Bermakna, setiap calon bersaing dengan 1 juta graduan yang lain dan calon yang berjaya tidak pernah melebihi 8% Maklumat Laporan Tahun SPA 2010, 2011 dan 2012 mendedahkan berapa ramai graduan yang gagal dalam tapisan SPA
Tidak dinafikan peluang untuk anda dapat jawatan kakitangan kerajaan besar di SPA, tetapi atas sebab persaingan dan perlaksanaan myRecruitment, ramai calon yang terkandas sebelum sampai ke sesi Temuduga.
Tingkatkan usaha, buat persediaan secukupnya untuk lulus dengan jayanya dan diterima masuk ke perkhidmatan awam. Anda boleh melakukannya!
Post a Comment for "Persaingan di SPA. Mudah LULUS atau GAGAL?"
Terima Kasih kerana sudi memberikan komen di halaman ini. Sila berikan komen yang berhemah. Laman ini tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.