Tip Penting Temuduga
Tip penting temuduga – Tak kiralah peperiksaan atau exam dan temuduga apakah yang bakal anda hadapi, 3 perkara ini yang anda
perlu selalu ingat setiap masa.
Temuduga sentiasa memberi pengalaman yang
gemuruh kepada semua orang. Di sebabkan gemuruh, mereka selalu terlupa beberapa
perkara penting mengenai temuduga. Berikut disenaraikan tiga perkara penting
yang wajar ingat untuk di lakukan pada hari temuduga.
Perkara pertama : Menepati masa.
Pada hari temuduga, anda perlu bangun awal
dan bersedia awal untuk pergi temuduga. Jangan letakkan diri anda dalam keadaan
lewat ke tempat temuduga. Jika anda lewat sampai, anda akan gemuruh ketika proses temuduga dan
ia akan merendahkan peluang anda. Pastikan anda tiba paling kurang 30 minit
sebelum masa sebenar. Untuk tepati masa, anda letakkan semua barang yang perlu
di bawa di dalam beg pada malam sebelumnya. Jika anda kumpul barang di waktu
pagi, takut – takut ada barang yang hilang dan anda lewat pula hendak pergi ke
tempat temuduga.
Perkara kedua : Bahasa badan.
Ketika proses temuduga, anda perlu jaga
bahasa badan anda supaya nampak yakin, fokus dan berkarisma. Jangan lembikkan
badan. Apabila menjawab soalan penemuduga, anda lihat terus ke mata orang yang
bertanya soalan dan jawab soalan dengan penuh keyakinan. Tenangkan diri dan
jangan nampak gelabah. Ketika hendak berkata – kata, anda berkata – kata dengan
perlahan. Perlahan di sini bukannya nada suara yang rendah tetapi perlahan dari
segi kelajuan percakapan. Berkata – kata terlalu laju membuatkan diri anda rasa
gemuruh.
Perkara ketiga : Tahu apa yang perlu di
cakap mengenai diri sendiri.
Ketika temuduga, pasti ada soalan yang
memberi peluang pada diri anda untuk menjual diri anda pada bakal majikan anda.
Ketika ini, pastikan anda tahu untuk bercerita mengenai diri sendiri dengan
penuh yakin. Antara soalan yang beri peluang untuk menjual diri adalah
“ Kenapa saya perlu ambil anda bekerja
dengan syarikat ini? “
Soalan – soalan sebegini anda perlu peluang
untuk menjawab dengan baik kerana ia bakal memberi anda markah tambahan. Ketika
menjual diri, elakkan dari terlalu memuji diri sendiri tetapi lebihkan
bercerita mengenai pengalaman anda, kemahiran yang anda ada dan kelayakan yang
anda ada.
Mudah-mudahan rujukan, panduan dan tip dari exam spa ini dapat membantu anda dalam temuduga nanti. Terima kasih kerana membaca blog ini.
bagus tips ini..boleh digunakan ketika saya menghadapi temuduga untuk dapatkan kerjaya baru nanti!
ReplyDeleteInsyaAllah kalau rezeki nanti pasti berjaya...
Deletetetiba rindu nak ambil kertas peperiksaan pula terutama bentuk rumusan
ReplyDeletesaya x nak da hehehe...
DeletePastikan bawa kelengkapan secukupnya demi mengelakkan perasaan berdebar tu kuat..hehe
ReplyDelete