Widget HTML Atas

Tip Penting Temuduga

Tip penting temuduga – Tak kiralah peperiksaan atau exam dan temuduga apakah yang bakal anda hadapi, 3 perkara ini yang anda perlu selalu ingat setiap masa.

Temuduga sentiasa memberi pengalaman yang gemuruh kepada semua orang. Di sebabkan gemuruh, mereka selalu terlupa beberapa perkara penting mengenai temuduga. Berikut disenaraikan tiga perkara penting yang wajar ingat untuk di lakukan pada hari temuduga.

tip temuduga

 Perkara pertama : Menepati masa.

Pada hari temuduga, anda perlu bangun awal dan bersedia awal untuk pergi temuduga. Jangan letakkan diri anda dalam keadaan lewat ke tempat temuduga. Jika anda lewat sampai,  anda akan gemuruh ketika proses temuduga dan ia akan merendahkan peluang anda. Pastikan anda tiba paling kurang 30 minit sebelum masa sebenar. Untuk tepati masa, anda letakkan semua barang yang perlu di bawa di dalam beg pada malam sebelumnya. Jika anda kumpul barang di waktu pagi, takut – takut ada barang yang hilang dan anda lewat pula hendak pergi ke tempat temuduga.

Perkara kedua  : Bahasa badan.

Ketika proses temuduga, anda perlu jaga bahasa badan anda supaya nampak yakin, fokus dan berkarisma. Jangan lembikkan badan. Apabila menjawab soalan penemuduga, anda lihat terus ke mata orang yang bertanya soalan dan jawab soalan dengan penuh keyakinan. Tenangkan diri dan jangan nampak gelabah. Ketika hendak berkata – kata, anda berkata – kata dengan perlahan. Perlahan di sini bukannya nada suara yang rendah tetapi perlahan dari segi kelajuan percakapan. Berkata – kata terlalu laju membuatkan diri anda rasa gemuruh.

Perkara ketiga : Tahu apa yang perlu di cakap mengenai diri sendiri.

Ketika temuduga, pasti ada soalan yang memberi peluang pada diri anda untuk menjual diri anda pada bakal majikan anda. Ketika ini, pastikan anda tahu untuk bercerita mengenai diri sendiri dengan penuh yakin. Antara soalan yang beri peluang untuk menjual diri adalah

“ Kenapa saya perlu ambil anda bekerja dengan syarikat ini? “

Soalan – soalan sebegini anda perlu peluang untuk menjawab dengan baik kerana ia bakal memberi anda markah tambahan. Ketika menjual diri, elakkan dari terlalu memuji diri sendiri tetapi lebihkan bercerita mengenai pengalaman anda, kemahiran yang anda ada dan kelayakan yang anda ada.

Mudah-mudahan rujukan, panduan dan tip dari exam spa ini dapat membantu anda dalam temuduga nanti. Terima kasih kerana membaca blog ini.
Admin
Admin Admin kepada beberapa blog dan website, bermula sejak tahun 2009. Menyediakan perkhidmatan membina blog/website. Terima kasih atas kunjungan anda...

5 comments for "Tip Penting Temuduga"

  1. bagus tips ini..boleh digunakan ketika saya menghadapi temuduga untuk dapatkan kerjaya baru nanti!

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kalau rezeki nanti pasti berjaya...

      Delete
  2. tetiba rindu nak ambil kertas peperiksaan pula terutama bentuk rumusan

    ReplyDelete
  3. Pastikan bawa kelengkapan secukupnya demi mengelakkan perasaan berdebar tu kuat..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan komen di halaman ini. Sila berikan komen yang berhemah. Laman ini tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.