rahsia berjaya temuduga, rahsia temuduga, temuduga, peperiksaan, exam, kerja kosong, tawaran kerja, info kerjaya
Rahsia di sebalik soalan temuduga. -
Apa yang temuduga mahu dengar dari anda?
Seorang penemuduga tidak akan
bertanya soalan yang sia – sia, Dia pasti ada maksud tersembunyi
dari setiap soalan yang dia tanya. Berikut saya senaraikan 10 soalan
temuduga yang popular dan rahsia kenapa panel temuduga bertanya.
Soalan pertama : Apa yang anda
lakukan selepas tamat belajar? / Apa yang anda lakukan selepas
berhenti bekerja?
Kedua – dua soalan ini adalah
untuk menguji sama ada anda seorang yang berkebolehan, bersemangat
dan mempunyai hala tuju yang jelas. Jika anda jawab, anda tidak
berbuat apa - apa, anda akan kalah. Anda perlu jawab bahawa anda
gunakan masa terluang untuk perbaiki diri seperti hadiri kursus
tertentu atau belajar sendiri di rumah. Anda perlu tunjukkan anda
pandai gunakan masa yang terluang.
Soalan kedua : Sudah berapa lama
anda menganggur ?
Soalan ini bertujuan untuk ambil
tahu berapa lama anda tidak bekerja. Jika lama, panel temuduga ingin
tahu apa yang anda lakukan untuk menampung makan minum anda. Anda
jawab sahaja dengan jujur dan berikan alasan yang logik.
Soalan ketiga : Kenapa anda mahukan
kerja ini?
Ini adalah soalan wajib di tanya
setiap kali temuduga . Soalan ini bertujuaan untuk membezakan
individu yang hadir ke temuduga. Dari jawapan yang mereka peroleh,
mereka boleh tahu yang mana berkualiti dan mana tidak
berkualiti.Mereka biasanya akan klasifikasikan jawapan itu berkualiti
jika individu itu menjawab soalan dengan penuh yakin tanpa ragu –
ragu.
Soalan keempat : Apakah pencapaian
terbaik anda?
Soalan ini mahu menguji sejauh mana
anda boleh mengasah kebolehan diri anda. Ceritakan sahaja perkara
yang jujur. Panel temuduga mahu tahu kemahiran yang anda ada dan
sejauh mana kemahiran anda itu berkembang. Jika pencapaian anda
tidaklah begitu membanggakan, katakan anda sedia belajar dan hadiri
kursus untuk tingkatkan kemahiran anda.
Soalan kelima : Berapakah gaji yang
anda mahu atau berapakah gaji di tempat kerja lama anda?
Majikan bertanya soalan ini adalah
mahu tahu kos anda sebagai pekerja jika dia ambil anda bekerja.
Beritahu jumlah yang anda mahu tetapi katakan anda sedia bekerja pada
gaji yang kurang asalkan ada peluang untuk gaji itu naik di masa akan
datang.
Soalan keenam : Apakah kelemahan
anda? atau Apakah kekuatan anda?
Soalan ini bertujuan mahu tahu
sejauh mana anda sedia untuk perbaiki kelemahan anda dan sejauh mana
anda mengenal pasti kekuatan diri anda. Jawab soalan ini dengan penuh
yakin, anda pasti akan selamat. Jual sahaja diri anda. Jika di tanya
mengenai kelemahan, anda katakan dengan jujur apa kelemahan anda dan
beritahu juga apa yang bakal anda lakukan untuk atasi kelemahan anda
itu.
Soalan ketujuh ; Adakah sedia untuk
bekerjasama dengan rakan sekerja yang lain?
Ini adalah soalan biasa ketika
temuduga. Majikan mahu tahu sama ada anda ada sifat kerjasama yang
baik atau tidak. Ini kerana kerja berkumpulan adalah penting untuk
menaikkan mana – mana syarikat. Jika anda bersifat individu, buang
sikap itu dan rendahkan diri untuk bekerjasama dengan berbagai orang.
Katakan dengan yakin pada bakal majikan anda itu bahawa anda sedia
bekerjasama demi kebaikan syarikat.
Soalan kelapan : Apakah matlamat
anda dalam masa lima tahun akan datang?
Soalan ini untuk ambil tahu cita –
cita anda. Mereka mahu tahu rancangan anda supaya mereka tidak
terambil pekerja yang ingin berhenti dalam masa setahun dua lagi.
Anda jawab sahaja soalan ini dengan yakin yang anda mahu
perkembangkan bakat anda di syarikat itu pada lima tahun akan datang.
Jangan takut untuk memberi janji kerana jika anda tidak dapat kerja
di situ, belum tentu anda akan dapat kerja di tempat lain. Rebut
sahaja peluang di hadapan mata.
Soalan kesembilan : Kenapa saya
perlu ambil anda bekerja?
Soalan ini bertujuan mahu memberi
peluang pada calon untuk menjual diri mereka. Anda ambil kesempatan
ini dengan menjual diri anda. Jangan lepaskan peluang. Cerita dengan
yakin yang anda memang layak mendapat pekerjaan itu.
Soalan kesepuluh : Adakah ada soalan
yang anda ingin tanya pada saya ? atau Adakah ada soalan yang anda
ingin saya tanya anda ?
Majikan akan beri soalan sebegini
untuk menguji sama ada anda memberi perhatian pada temuduga itu atau
tidak. Jangan jawab tidak , jawab sahaja ya dan beri jawapan yang
anda rasa sesuai. Menjawab ya menunjukkan anda sangat berminat untuk
hadir temuduga dan bekerja di syarikat itu.
COMMENTS