Cara Tenteramkan Perasaan Ketika Temuduga
Perasaan takut akan menyebabkan diri
anda rasa gugup dan panik ketika menghadapi hari temuduga. Untuk
elakkan anda dari gugup dan panik, anda perlu beranikan diri dan
bersikap positif. Berikut adalah tiga cara untuk tenteramkan perasaan
takut.
Cara pertama : Lengkapkan semua
persediaan.
Apabila anda lengkapkan semua
persediaan, anda akan rasa sangat tenteram. Takut dan perasaan gugup
senang sahaja anda boleh telan dan nyahkan ia dari fikiran anda. Rasa
yakin akan menguasai pemikiran anda.Anda tiada lagi perasaan ragu –
ragu dan sebagainya.Anda jangan tangguh – tangguh atau lakukan
semua persediaan pada saat terakhir. Sebaik sahaja anda di hubungi
untuk hadiri satu – satu temuduga, terus sahaja anda bersiap sedia.
Cara kedua: Berdoa dan yakin.
Hanya Allah taala boleh beri anda
ketenangan dan keberanian. Oleh itu, anda perlu sentiasa berdoa dan
yakin Allah taala akan beri pertolongan pada diri anda. Apabila kita
berharap dan berdoa pada tuhan yang Esa, kita akan rasa lega dan
tenteram.
Cara ketiga : Jaga diri.
Jaga diri anda supaya sihat dan
sejahtera. Apabila anda sihat, anda akan rasa lebih yakin. Jika anda
sakit, anda akan rasa tidak tenteram. Anda perlu jaga tidur anda.
Pastikan tidur anda cukup. Jika tidak anda tidak cukup, anda akan
rasa tidak tenteram dan rasa lemah. Ini akan menyebabkan anda rasa
takut. Senang cerita, anda jaga kesihatan anda, semuanya akan ok.
Post a Comment for "Cara Tenteramkan Perasaan Ketika Temuduga"
Terima Kasih kerana sudi memberikan komen di halaman ini. Sila berikan komen yang berhemah. Laman ini tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.