Apa Itu myRecruitment

Kaedah pengambilan secara profiling (MyRecruitment) merupakan transformasi kaedah pengambilan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Maklumat rasmi SPA



Kaedah pengambilan secara profiling (MyRecruitment) merupakan transformasi kaedah pengambilan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). MyRecruitment bertujuan untuk mengesan calon yang mempunyai profil yang sesuai dari aspek personaliti, minat, sikap, kecerdasan dan kemahiran. Padanan antara keperibadian dan tugas serta jenis pekerjaan adalah penting bagi menjamin kepuasan dalam menjalankan tugas, meningkatkan motivasi kerja dan pencapaian produktiviti yang tinggi.

Pelaksanaan MyRecruitment

PelaksanaanMyRecruitment melibatkan calon perlu melalui empat (4) proses saringan sebelum ditawar lantikan iaitu tapisan awal, peperiksaan, penilaian kompetensi dan temuduga

Proses saringan dalam MyRecruitment dibuat secara berstruktur seperti berikut:

(i)Tapisan Awal

Calon yang mendaftar secara online dengan SPA akan ditapis permohonannya sama ada memenuhi syarat skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon;

(ii) Peperiksaan

Calon yang telah melepasi tapisan awal dikehendaki menduduki peperiksaan bagi menilai pengetahuan am, pengetahuan bidang yang dipohon, daya menyelesaikan masalah dan kemahiran bahasa. Di samping peperiksaan ini, ujian sahsiah dan minat juga diadakan;

(iii) Penilaian kompetensi (Competency Assessment)

Calon yang berjaya melepasi tapisan peperiksaan akan melalui sesi ini. Sesi ini bertujuan mengukur kompetensi calon dari aspek

- Attitude
- Skill
- Knowledge

(ASK) dengan tugas dan jawatan yang dipohon. Calon-calon akan dinilai dari segi kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan Inggeris atau bahasa - bahasa lain yang diperlukan, serta penilaian kompetensi yang diperlukan seperti komitmen, disiplin, teamwork dan lain-lain; dan

(iv)Temuduga

Sesi ini bertujuan menilai kesesuaian dan perwatakan calon dengan keperluan sesuatu jawatan di agensi tertentu. Sesi ini akan menentu sahkan penilaian yang dibuat di peringkat sesi penilaian kompetensi.

Pelaksanaan MyRecruitment membolehkan proses pemprofilan calon dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil Sepanjang Masa (e -SMSM) dan disenarai pendek mengikut syarat asas dalam sesuatu skim perkhidmatan. Setelah melepasi penyenaraian pendek tersebut, calon dikehendaki melalui peperiksaan, sesi penilaian kompetensi dan temu duga.Melalui kaedah peperiksaan dan penilaian kompetensi ini, hanya calon – calon yang ideal dari segi psikologi, aptitud, sahsiah dan kompetensi sahaja akan layak untuk dipanggil temu duga. 

Kaedah ini juga membolehkan bilangan calon dipanggil temuduga lebih rendah dan proses temuduga dapat diselesaikan dalam tempoh yang lebih singkat. Setelah selesai urusan temu duga, calon terbaik di kalangan calon-calon berkualiti ini akan diperakukan untuk lantikan.

Link sebelum ini

[+] Bagaimana untuk Masuk Kerjaya Kerajaan

[+] Muat turun 30 senarai agensi kerajaan



COMMENTS

Name

Akauantan WA41,1,Contoh Soalan,14,Contoh Soalan Pegawai Trafik Udara,1,Contoh Soalan PPT,1,Contoh Soalan PTD,1,ebook exam spa,1,Exam Akauntan Wa41,1,Exam Online,3,Exam PPT,1,Exam PTD M41,1,Exam SPA,41,Info Kerjaya,42,kerja kosong,1,Kerjaya Kerajaan,17,LHDN 41,1,Panduan,46,Panduan Exam PTD,1,Pegawai LHDN,2,Pegawai PTD,1,Pegawai Tadbir N41,1,Pegawai Trafik A29,1,Pegawai Trafik A41,1,Pegawal Hal Ehwal Islam,1,Penolong Pegawai Tadbir,1,Penolong Pegawai Tadbir N29,1,Peperiksaan Online,10,Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN,3,PPT N29,2,Rahsia Temuduga,2,Rujukan,1,Separa Perubatan,2,Temudga,1,Temuduga,7,Temuduga LHDN,1,Temuduga Separa Perubatan,1,Temuduga SPA,2,Tips Kerjaya,20,
ltr
item
Panduan Temuduga dan Exam SPA Online: Apa Itu myRecruitment
Apa Itu myRecruitment
Kaedah pengambilan secara profiling (MyRecruitment) merupakan transformasi kaedah pengambilan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
http://3.bp.blogspot.com/-MEosk1nX1dY/UzUwOMAhwrI/AAAAAAAAL7Y/OP8wbpuGg38/s1600/myRecruitment.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-MEosk1nX1dY/UzUwOMAhwrI/AAAAAAAAL7Y/OP8wbpuGg38/s72-c/myRecruitment.jpg
Panduan Temuduga dan Exam SPA Online
https://www.examspa.info/2014/03/apa-itu-myrecruitment.html
https://www.examspa.info/
https://www.examspa.info/
https://www.examspa.info/2014/03/apa-itu-myrecruitment.html
true
2143333671180774224
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy