10 Strategi Untuk Berjaya Dalam Temuduga
Berikut saya bekalkan anda 10 strategi untuk anda gunakan bagi menghadapi hari
temuduga
Strategi pertama : Buat kajian mengenai
syarikat.
Ini adalah strategi asas dan wajib anda
lakukan. Anda perlu ambil tahu mengenai syarikat. Lawat laman web mereka dan
ambil tahu apa yang syarikat itu lakukan, perkembangan semasa syarikat, apa
harapan mereka dan siapa pemimpin mereka. Panel temuduga pasti akan kagum
apabila anda mempunyai pengetahuan yang luas mengenaisyarikat mereka.
Strategi kedua : Pakar resume anda sendiri.
Sebagai calon temuduga, anda perlu pakar
dan tahu mengenai apa yang anda tulis di resume anda. Boleh jadi, panel
temuduga akan menyoal anda berdasarkan apa yang anda sertakan di dalam resume.
Jika anda silap jawab, anda pasti akan di hukum.
Strategi ketiga : Pastikan setiap perkara
ada backup.
Setiap perkara yang anda rancang, anda
fikirkan rancangan backup atau rancangan kedua.
Contohnya anda print lebih resume supaya jika terjadi apa – apa pada resume
pertama, ada set resume baru sebagai pengganti.
Strategi keempat : Ambil tahu skop kerja
yang anda mohon.
Anda fahami sebenar – benarnya skop kerja
yang anda mohon itu. Apabila anda faham dan tahu anda akan bekerja sebagai apa,
barulah anda boleh menjawab soalan temuduga dengan baik nanti.
Strategi kelima : Bentukkan hubungan yang
mesra dengan panel temuduga.
Sebaik sahaja anda melangkah masuk ke dalam
bilik temuduga, anda melangkah dengan penuh yakin, mulut terukir senyuman dan
jika berpeluang untuk salam, anda salam mereka.. Apabila mereka senang dengan
gaya mesra anda, pasti soalan – soalan yang di lontarkan juga agak mudah.
Strategi keenam : Pandangan mata yang
positif.
Fikir positif dan lakukan “ eye contact”
atau hubungan mata dengan panel temuduga. Pandang mereka dengan muka yang
santai dan mesra. Apabila anda melihat mereka tepat pada mata, anda menunjukkan
diri anda yakin. Majikan suka mengambil pekerja yang ada keyakinan.
Strategi ketujuh : Bahasa badan yang
menarik.
Gunakan bahasa badan yang sesuai ketika
berbicara. Berdiri tegak dan yakin. Jangan tunjukkan bahasa badan yang anda
seorang pemalas, penakut dan tidak ada karisma. Duduk dan berdiri seolah – olah
anda sentiasa ada stamina dan bersemangat. Namun, jangan terlalu keras. Tunjukkan
bahasa badan yang lembut tetapi tegas.
Strategi Kelapan : Berikan contoh yang
sesuai.
Apabila anda ingin bercerita atau
menghuraikan sesuatu perkara, anda sertakan contoh sekali.Apabila anda memberi
contoh, panel temuduga akan ingat contoh yang anda beri itu. Secara tidak
langsung, nama dan wajah anda bermain di minda mereka.
Strategi kesembilan : Jadi diri sendiri.
Jangan hipokrit. Tenangkan diri dan jadi
diri sendiri. Anda tidak perlu meniru
gaya percakapan orang lain atau cara
orang lain menjawab soalan.Anda cuma perlu jadi diri sendiri dan tunjukkan pada
mereka diri anda yang sebenar. Jawab soalan mengikut cara anda.
Strategi kesepuluh : Ucapkan terima kasih.
Selepas selesai temuduga, anda ucapkan
terima kasih pada panel temuduga. Untuk nampakkan diri anda lebih baik, anda
hantar kad berbentuk poskad dengan ucapan terima kasih kerana memanggil anda
untuk di temuduga. Jika mahu beri kad atau apa sahaja nota, anda berikan
selepas temuduga itu berlangsung kerana selalunya majikan sekarang tidak
mengambil masa yang lama untuk menentukan bakal pekerja mereka.
Mudah-mudah anda berjaya dalam apa jua temuduga yang bakal ditempuhi... Wassalam dari Exam SPA
Hehe..terbaiklah tips yang diberikan..thanks bro..
ReplyDeleteTerima kasih moga bermanfaat utk semua :)
DeleteStrategi ke 5 tu kena ambil perhatian sikit. Kengkadang kita teremosi bila ada soalan2 provokasi dari penemuduga. Rasa hati panas membara..
ReplyDeletebetul tu. kadang2 sengaja je buat kita marah..
Delete