Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget Atas Posting

10 Strategi Untuk Berjaya Dalam Temuduga

strategi kerjaya


Berikut saya bekalkan anda 10 strategi untuk anda gunakan bagi menghadapi hari temuduga

Strategi pertama : Buat kajian mengenai syarikat.

Ini adalah strategi asas dan wajib anda lakukan. Anda perlu ambil tahu mengenai syarikat. Lawat laman web mereka dan ambil tahu apa yang syarikat itu lakukan, perkembangan semasa syarikat, apa harapan mereka dan siapa pemimpin mereka. Panel temuduga pasti akan kagum apabila anda mempunyai pengetahuan yang luas mengenaisyarikat mereka.

Strategi kedua :  Pakar resume anda sendiri.

Sebagai calon temuduga, anda perlu pakar dan tahu mengenai apa yang anda tulis di resume anda. Boleh jadi, panel temuduga akan menyoal anda berdasarkan apa yang anda sertakan di dalam resume. Jika anda silap jawab, anda pasti akan di hukum.

Strategi ketiga : Pastikan setiap perkara ada backup.

Setiap perkara yang anda rancang, anda fikirkan rancangan backup atau rancangan kedua.  Contohnya anda print lebih resume supaya jika terjadi apa – apa pada resume pertama, ada set resume baru sebagai pengganti.

Strategi keempat : Ambil tahu skop kerja yang anda mohon.

Anda fahami sebenar – benarnya skop kerja yang anda mohon itu. Apabila anda faham dan tahu anda akan bekerja sebagai apa, barulah anda boleh menjawab soalan temuduga dengan baik nanti.

Strategi kelima : Bentukkan hubungan yang mesra dengan panel temuduga.

Sebaik sahaja anda melangkah masuk ke dalam bilik temuduga, anda melangkah dengan penuh yakin, mulut terukir senyuman dan jika berpeluang untuk salam, anda salam mereka.. Apabila mereka senang dengan gaya mesra anda, pasti soalan – soalan yang di lontarkan juga agak mudah.

Strategi keenam : Pandangan mata yang positif.

Fikir positif dan lakukan “ eye contact” atau hubungan mata dengan panel temuduga. Pandang mereka dengan muka yang santai dan mesra. Apabila anda melihat mereka tepat pada mata, anda menunjukkan diri anda yakin. Majikan suka mengambil pekerja yang ada keyakinan.

Strategi ketujuh : Bahasa badan yang menarik.

Gunakan bahasa badan yang sesuai ketika berbicara. Berdiri tegak dan yakin. Jangan tunjukkan bahasa badan yang anda seorang pemalas, penakut dan tidak ada karisma. Duduk dan berdiri seolah – olah anda sentiasa ada stamina dan bersemangat. Namun, jangan terlalu keras. Tunjukkan bahasa badan yang lembut tetapi tegas.

Strategi Kelapan : Berikan contoh yang sesuai.

Apabila anda ingin bercerita atau menghuraikan sesuatu perkara, anda sertakan contoh sekali.Apabila anda memberi contoh, panel temuduga akan ingat contoh yang anda beri itu. Secara tidak langsung, nama dan wajah anda bermain di minda mereka.

Strategi kesembilan : Jadi diri sendiri.

Jangan hipokrit. Tenangkan diri dan jadi diri sendiri. Anda tidak perlu  meniru gaya percakapan orang lain  atau cara orang lain menjawab soalan.Anda cuma perlu jadi diri sendiri dan tunjukkan pada mereka diri anda yang sebenar. Jawab soalan mengikut cara anda.

Strategi kesepuluh : Ucapkan terima kasih.

Selepas selesai temuduga, anda ucapkan terima kasih pada panel temuduga. Untuk nampakkan diri anda lebih baik, anda hantar kad berbentuk poskad dengan ucapan terima kasih kerana memanggil anda untuk di temuduga. Jika mahu beri kad atau apa sahaja nota, anda berikan selepas temuduga itu berlangsung kerana selalunya majikan sekarang tidak mengambil masa yang lama untuk menentukan bakal pekerja mereka.

Mudah-mudah anda berjaya dalam apa jua temuduga yang bakal ditempuhi... Wassalam dari Exam SPA
Admin
Admin Admin kepada beberapa blog dan website, bermula sejak tahun 2009. Menyediakan perkhidmatan membina blog/website. Terima kasih atas kunjungan anda...

4 comments for "10 Strategi Untuk Berjaya Dalam Temuduga"

  1. Hehe..terbaiklah tips yang diberikan..thanks bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih moga bermanfaat utk semua :)

      Delete
  2. Strategi ke 5 tu kena ambil perhatian sikit. Kengkadang kita teremosi bila ada soalan2 provokasi dari penemuduga. Rasa hati panas membara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. kadang2 sengaja je buat kita marah..

      Delete