5 punca gagal mendapat pekerjaan yang diidamkan

Resume tidak menyerlah. Setiap kali bakal majikan membuat pengiklanan berkaitan dengan kekosongan jawatan, beratus-ratus permohonan yang akan diterima setiap hari. Mereka sudah pastinya meletakkan keutamaan kepada calon yang memenuhi kriteria yang diperlukan.

 5 punca gagal mendapat pekerjaan

1. Resume tidak menyerlah. Setiap kali bakal majikan membuat pengiklanan berkaitan dengan kekosongan jawatan, beratus-ratus permohonan yang akan diterima setiap hari. Mereka sudah pastinya meletakkan keutamaan kepada calon yang memenuhi kriteria yang diperlukan. Resume yang dihantar perlu menepati citarasa atau sekurang-kurangnya bertepatan dengan sebahagian besar ciri-ciri yang diiklankan. Oleh itu, resume anda perlu disertakan dengan pendidikan, pengalaman dan pencapaian yang anda miliki. Komponen tersebut bakal membantu untuk dipanggil ke temuduga sekaligus membuka peluang yang lebih besar untuk menyertai kekosongan jawatan tersebut.

2. Surat iringan permohonan menjelikkan. Surat permohonan anda bukanlah ringkasan daripada resume anda, tetapi kata-kata aluan dengan menerangkan mengapa mereka perlu ambil anda berkhidmat dalam syarikat. Masukkan informasi yang tidak terdapat dalam resume contohnya tugas-tugas yang bakal anda sumbangkan kepada mereka sekiranya diterima bekerja di sana. Usah tulis dengan kata-kata yang terlalu hype dan mengakibatkan bakal majikan berasa jelik ketika membaca surat iringan permohonan anda.

3. Tidak menarik. Usah berkelakuan seperti yang anda begitu terdesak untuk mendapatkan pekerjaan tersebut. Walau bagaimana pun, anda boleh menunjukkan rasa serius anda kepada penemuduga. Tampilkan minat anda untuk bekerja dengan menjawab soalan-soalan semasa temuduga dengan baik dan berisi. Usah biarkan mereka melihat anda solah-olah memandang rendah kepada bakal jawatan yang dipohon.

4. Tidak bersedia untuk bekerja. Tidak serius untuk memulakan kerjaya menyebabkan kegagalan menimpa. Anda sudah tentu biasa mendengar pepatah yang mengatakan “gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal”. Ia bukanlah pepatah yang dicipta untuk main-main tetapi untuk memberi peringatan supaya anda tidak leka. Kurangnya persediaan seperti latihan menjawab temuduga, soal selidik syarikat bakal majikan dan kurang minat untuk berkhidmat merupakan masalah yang biasa melanda mereka yang gagal. Untuk berjaya mendapat tempat dalam kerjaya yang diidamkan, anda haruslah membuat persediaan yang perlu dan berkaitan dengan kerjaya tersebut.

5. Fokus yang keterlaluan. Semasa anda ditemuduga, pastikan anda bersikap jujur dengan penemuduga. Kongsikan kelebihan dan kemahiran yang ada pada diri anda secara santai. Kejujuran anda merupakan kunci utama kejayaan dalam karier anda. Usah terlebih bicara hingga menimbulkan kesangsian kepada majikan. Elakkan daripada menceritakan kemahiran yang tiada pada diri anda kerana ia bakal menjerat anda apabila diterima berkerja nanti. Bila disuruh untuk berbuat demikian, anda terkial-kial memberitahu yang anda sebenarnya tidak mampu menunaikan kata-kata anda.

Kesimpulannya, memang tidak mudah untuk mendapatkan pekerjaan yang diidam-idamkan. Tetapi bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk mencapainya. Tunjukkan kesungguhan anda bermula dengan resume yang terampil, surat iringan yang menawan dan sesi temuduga yang cemerlang. Sebenarnya, apa yang anda lakukan itu adalah cerminan kepada diri anda.


COMMENTS

Name

Contoh Soalan,9,Contoh Soalan PPT,1,Contoh Soalan PTD,1,Exam Online,1,Exam PPT,1,Exam PTD M41,1,Exam SPA,39,Info Kerjaya,30,Kerjaya Kerajaan,13,Panduan,47,Panduan Exam PTD,1,Pegawai PTD,1,Pegawal Hal Ehwal Islam,1,Penolong Pegawai Tadbir,1,Peperiksaan Online,8,PPT N29,1,Rujukan,1,Separa Perubatan,2,Temudga,1,Temuduga,4,Temuduga Separa Perubatan,1,Tips Kerjaya,20,
ltr
item
Panduan Exam SPA: 5 punca gagal mendapat pekerjaan yang diidamkan
5 punca gagal mendapat pekerjaan yang diidamkan
Resume tidak menyerlah. Setiap kali bakal majikan membuat pengiklanan berkaitan dengan kekosongan jawatan, beratus-ratus permohonan yang akan diterima setiap hari. Mereka sudah pastinya meletakkan keutamaan kepada calon yang memenuhi kriteria yang diperlukan.
http://jvsecurepay.com/affiliates/uploads/products/resume/1431075595-rresume.jpg
Panduan Exam SPA
http://www.examspa.info/2015/08/5-punca-gagal-mendapat-pekerjaan-yang.html
http://www.examspa.info/
http://www.examspa.info/
http://www.examspa.info/2015/08/5-punca-gagal-mendapat-pekerjaan-yang.html
true
2143333671180774224
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy